Tarikh   : 4 Ogos 2022

Masa     : 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kreativiti ahli baru PEDi dalam mewarna secara atas talian.

 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas memperkenalkan kepada peserta laman mewarna atas talian iaitu colouring pages4u. Peserta diajar cara memilih gambar dan mewarna menggunakan ikon-ikon yang terdapat pada laman tersebut. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Berkongsi secara berlebih-lebihan”.  

 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 3 Ogos 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menaip khususnya untuk ahli baru.

 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan huruf dan lain-lain. Petugas menyebut perkataan dan meminta peserta menaip perkataan tersebut. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Kewangan”. 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 14 Julai 2022

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word khususnya untuk membina carta.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaannya.Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak yang membentuk carta. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Kewangan”. 

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 16 Julai 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word.

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta tentang fungsi smartart. Peserta diajar untuk memilih smartart untuk membuat peta aliran. Petugas mengajar peserta untuk menaip text di dalam peta yang dipilih. Peserta diajar untuk menukar format bentuk dan warna bagi peta minda yang di pilih,Akhir sekali, peserta diajar untuk memperkemaskan hasil kerja yang telah siap. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”. 

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 13 Julai 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

 Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Microsoft Word khususnya untuk membina peta minda.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diminta memuat turun gambar daripada google. Petugas mengajar peserta cara memasukkan gambar ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-shape, format shape, insert picture. Peserta diajar melabel gambar bagi membuat peta minda ringkas juga menggunakan kaedah insert-shape. Seterusnya, peserta diajar menaip perkataan dan menukar warna pada bentuk-bentuk yang telah dimasukkan tadi untuk menjadikan hasil kerja bertambah menarik. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Semak Label”. 

Klik sini untuk lihat foto