Tarikh   : 20 Ogos 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diajar untuk mengubah orientasi dengan menggunakan orientation>landscape. Petugas mengajar peserta untuk memuat turun  gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar untuk memasukkan gambar dengan menggunakan Insert>Picture mengikut kesesuaian masing-masing. Peserta diajar untuk memasukkan jadual dengan menggunakan Insert>Table (2x3 Table). Seterusnya, peserta diajar untuk menaip text di dalam setiap kotak.  Peserta diajar untuk mengubah font dan text. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi bold dan underline bagi text yang ditaip. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan dan menamakan file tersebut dalam format word document/pdf.  Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Internet”. 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 13 Ogos 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam membuat risalah yang kreatif dan menarik.

 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengedarkan kepada para peserta contoh risalah. Petugas meminta peserta menghasilkan risalah berpandukan contoh yang diberi. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk risalah, menaip isi, memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google sebelum meletakkannya  ke dalam risalah dengan kaedah insert shape, format shape, insert picture. Seterusnya, peserta diajar cara mencantikkan dan memperkemas hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”. 

Klik sini untuk lihat foto 

 

 

Tarikh   : 7 Ogos 2022

Masa     : 2.30 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan fungsi dan aplikasi Canva. Petugas menunjukkan beberapa contoh poster yang dibuat menggunakan Canva. Peserta diajar untuk memilih template yang sesuai untuk membuat poster. Petugas mengajar peserta untuk menukar warna latar belakang yang bersesuaian. Peserta diajar untuk memuat turun gambar di carian Google. Peserta diajar untuk menyimpan gambar yang dimuat turun dalam folder download dan menamakan gambar tersebut supaya mudah dicari. Peserta diajar menggunakan remove.bg untuk membuang latar belakang gambar. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam Canva. Peserta diajar untuk memasukkan text ke dalam template tersebut. Peserta diajar untuk menyusun gambar dan text di dalam template supaya menjadi kemas dan jelas. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja dalam format pdf/jpeg. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”.   

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 11 Ogos 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft word khususnya untuk membuat invois perniagaan.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diminta membuka perisian microsoft word. Seterusnya, petugas mengedarkan kepada peserta contoh invois perniagaan. Petugas mengajar peserta cara membuat invois bertaip dengan format yang betul. Peserta diajar cara menaip nama syarikat atau perniagaan, cara menaip menggunakan kaedah insert table, hide border. Untuk bahagian rekod keluar masuk duit, peserta diajar cara menaip menggunakan jadual dan turut diajar kaedah merge cell sebelum merekodkan jumlah duit. Akhir sekali, peserta diajar cara memasukkan ruangan untuk tandatangan dan cop syarikat sebelum meminta peserta menyimpan hasil kerja yang telah siap untuk dicetak sebagai simpanan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”. 

Klik sini untuk lihat foto 

Tarikh   : 6 Ogos 2022

Masa     : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk kemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint.

 

Aktiviti yang dijalankan

Peserta diperkenalkan dengan perisian MicrosoftPowerpoint dan kegunaannya. Petugas menunjukkan contoh poster yang telah  siap kepada peserta untuk rujukan. Petugas mengajar peserta untuk mengubah page setup kepada saiz A4. Peserta diajar untuk menukar warna latar belakang poster menggunakan format background. Seterusnya peserta diajar untuk memasukkan text dan picture ke dalam slide. Peserta diminta untuk menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan poster yang telah siap dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”.   

 

Klik sini untuk lihat foto