Tarikh   : 19 Februari 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Melalui slot itu, peserta diberi kesedaran tentang pentingnya melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul. Sikap tidak bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa buangan elektronik mampu mengancam alam sekitar. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memasukkan jadual ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-table. Peserta diminta mengisi maklumat ke  dalam jadual tersebut. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. 

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 17 Febuari 2022

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menghasilkan poster yang kreatif dan menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber". Penayangan video tersebut berupaya mendidik peserta agar mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat poster. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan poster yang siap dibuat dalam format JPEG.

 

Klik sini untuk lihat foto

 

 

Tarikh   : 7 Febuari 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya dalam membina rajah.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Petugas mengingatkan peserta agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul bahan tersebut tidak mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar. Seterusnya, peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat rajah, pemilihan warna pada kotak dan perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas dan mudah dibaca. Peserta turut diajar cara memasukkan gambar daripada google pada hasil kerja yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 12 Febuari 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam mencipta logo menggunakan microsoft power point dan laman postermywall.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong". Petugas mengingatkan peserta agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dengan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang maksud dan kegunaan logo khususnya untuk membantu memperkenalkan sesuatu produk jualan kepada khalayak  pelanggan. Peserta diminta memuat turun gambar kartun yang sesuai untuk logo dan diajar untuk mengedit gambar yang telah dimuat turun itu menggunakan microsoft power point (crop/remove background). Setelah itu, peserta diajar memilih bentuk yang sesuai untuk logo, menukar warna yang menarik, memasukkan nama produk dan butiran ringkas berkenaan produk. Setelah siap memperkemas hasil kerja, petugas mengajar peserta cara menukar format logo yang dibuat daripada format power point kepada format JPEG. Selain itu, petugas turut memperkenalkan laman postermywall.com kepada peserta yang turut menyediakan kemudahan mengedit logo dengan cara yang cepat dan mudah. Petugas mengajar peserta cara mengedit logo menggunakan laman tersebut. Akhir sekali, peserta turut diajar cara untuk mencetak logo yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 3 Febuari 2022

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya untuk menaip dan melabel gambar.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Peserta diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak merosakkan alam sekitar. Setelah slot KDB, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape. Petugas meminta peserta menukar bentuk yang dimasukkan tadi kepada gambar yang telah dimuat turun daripada google. Seterusnya, peserta diajar cara memasukkan bentuk untuk mengisi maklumat sebelum menggunakannya untuk  melabel gambar.

Klik sini untuk lihat foto