Tarikh : 9 Jun 2022 Masa : 10.00 pagi - 10.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaannya. Peserta diajar untuk membuat jadual bertugas menggunakan Insert Table (6x6). Peserta diajar untuk menaip dalam setiap row dan column. Petugas mengajar peserta untuk memuat turun gambar setiap tugasan (contoh: membuang sampah) di Google Chrome. Peserta diajar untuk menggunakan fungsi Insert Picture untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun tadi. Petugas mengajar peserta untuk menambah Page Borders untuk memperkemaskan hasil kerja.Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet".
Tarikh : 9 Jun 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Petugas menunjukkan contoh sijil yang telah dibuat kepada peserta. Peserta diajar untuk menaip semula contoh sijil yang sedia ada di Google ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta diajar untuk membuat senarai nama menggunakan microsoft excel.(nama,no. Kad pengenalan dan tingkatan/tahun). Peserta diajar untuk menyimpan fail senarai nama tersebut. Peserta diajar untuk memasukkan data dari microsoft excel. Untuk memasukkan data nama dan no.kad pengenalan dalam sijil tersebut peserta diajar untuk klik Insert Merge Field dan Preview Results untuk memaparkan senarai nama. Akhir sekali, peserta diajar untuk menyimpan hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet".
Tarikh : 7 Jun 2022 Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi postermywall.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian perisian postermywall yang pelbagai. Petugas mengajar peserta cara membuka perisian postermywall menggunakan google. Petugas menunjuk ajar cara memilih template untuk mencipta kad jemputan perkahwinan, cara mengedit tulisan, menukar warna latar belakang dan corak kad. Peserta turut diajar tentang ciri-ciri yang harus ada untuk menghasilkan sebuah kad yang cantik dan menarik. Setelah siap mengedit kad, petugas mengajar peserta cara menyimpan hasil kerja dengan format JPEG. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet"
Tarikh : 9 Jun 2022 Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan kepada peserta tentang fungsi smartart. Peserta diajar untuk memilih smartart untuk membuat peta buih. Petugas mengajar peserta untuk menaip text di dalam peta yang dipilih. Peserta diajar untuk menukar format bentuk dan warna bagi peta minda yang di pilih, Akhir sekali, peserta diajar untuk memperkemaskan hasil kerja yang telah siap dan menyimpan hasil kerja dalam format pdf. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Maklumat Palsu".
Tarikh : 3 Jun 2022 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft power point khususnya untuk membina peta minda.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada slide menggunakan kaedah insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG. Akhir sekali, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.