Tarikh   : 2 Oktober 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menghasilkan cara penulisan yang kreatif menggunakan aplikasi di internet. 

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Semak Fakta". Penayangan video tersebut kepada para peserta berupaya mendidik mereka agar berhati-hati dalam menerima setiap maklumat yang dikongsikan di media sosial. Kebanjiran maklumat palsu atau tidak benar di internet merupakan isu yang acap kali berlaku pada masa kini. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat gaya penulisan buletin (Newsletter). Mereka diajar cara mengedit template untuk sebuah buletin, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema buletin  yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Langkah seterusnya, peserta diajar cara memuat turun gambar untuk latihan tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 1 Oktober 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft word khususnya untuk menaip dan melabel peta dengan info yang menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google.  Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam microsoft word, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada microsoft word menggunakan kaedah insert-shapePetugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 13 September 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan perisian postermywall khususnya untuk membuat poster.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Peserta kelas diingatkan agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk membuat poster. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan poster yang siap dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 19 September 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Menambahkan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft word khususnya untuk membuat peta minda dan nota pelajaran.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta membuka microsoft word. Petugas meminta peserta membuat peta minda. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk dan tulisan, memasukkan bentuk untuk membuat peta minda menggunakan kaedah insert-shape, menukar latar belakang microsoft word dengan menukar warna atau meletakkan gambar yang telah dimuat turun daripada googlePeserta turut diajar cara menukar format hasil kerja daripada format microsoft word kepada format JPEG. Akhir sekali, peserta ditunjukkan tentang cara berkongsi peta minda yang dibuat kepada kawan-kawan melalui aplikasi WhatsApp web.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 4 September 2021

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Mengajar peserta asas untuk membuat suntingan video pendek.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta memuat naik aplikasi Cap Cut di Play Store. Petugas menjelaskan kepada peserta secara ringkas tentang fungsi aplikasi Cap Cut. Selepas itu, petugas mengajar peserta cara memasukkan video, membuang bunyi-bunyi yang tidak diingini yang ada pada video dan memotong bahagian video yang tidak dikehendaki. Peserta diajar cara memasukkan tulisan untuk menambah tajuk pada video. Peserta diajar cara memuat turun muzik latar dari laman MP3 Juice dan memasukkannya ke dalam video tadi. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil video yang siap disunting.

Klik sini untuk lihat foto