Tarikh   : 16 Januari 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya untuk menaip dan membina jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Sebenarnya.my". Penayangan video tersebut dapat mendedahkan kepada para peserta tentang laman yang betul untuk menyemak kesahihan sesuatu berita yang diterima di internet khususnya media sosial. Seterusnya, peserta diajar cara menaip tajuk utama. Petugas mengajar peserta cara memasukkan jadual ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-table. Peserta diminta mengisi maklumat ke  dalam jadual tersebut. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 14 Januari 2022

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya kemahiran menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diminta membuka perisian   microsoft word. Peserta diajar cara menaip surat rasmi dengan berpandukan lembaran yang diedarkan kepada mereka. Petugas mengajar peserta cara menukar huruf besar dan huruf kecil, cara menjarakkan perkataan, memasukkan garisan serta cara memperkemaskan hasil kerja. Akhir sekali, petugas mengajar peserta menyimpan hasil kerja yang telah dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 4 Januari 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran dan asas suntingan video kepada para peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan atas talian". Peserta diingatkan agar berhati-hati kerana terdapat individu yang suka mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seks. Seterusnya, peserta diterangkan tentang kegunaan windows movie maker, cara memasukkan gambar pada perisian tersebut sebelum mengubahnya menjadi video. Petugas mengajar peserta cara menyuting masa pergerakan gambar dalam video, cara memasukkan lagu yang telah dimuat turun daripada laman MP3 Juice serta kaedah suntingan lain bagi menjadikan video bertambah menarik. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah siap dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 12 Januari 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam mencipta logo menggunakan microsoft power point dan laman postermywall.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Maklumat palsu". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam menggunakan internet dan menyemak terlebih dahulu setiap info yang diperoleh daripada rakan-rakan di media sosial sebelum berkongsi tentangnya agar tidak menjadi penyebar maklumat palsu. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta tentang maksud dan kegunaan logo khususnya untuk membantu memperkenalkan sesuatu produk jualan kepada khalayak  pelanggan. Peserta diminta memuat turun gambar kartun yang sesuai untuk logo dan diajar untuk mengedit gambar yang telah dimuat turun itu menggunakan microsoft power point (crop/remove background). Setelah itu, peserta diajar memilih bentuk yang sesuai untuk logo, menukar warna yang menarik, memasukkan nama produk dan butiran ringkas berkenaan produk. Setelah siap memperkemas hasil kerja, petugas mengajar peserta cara menukar format logo yang dibuat daripada format power point kepada format JPEG. Selain itu, petugas turut memperkenalkan laman postermywall.com kepada peserta yang turut menyediakan kemudahan mengedit logo dengan cara yang cepat dan mudah. Petugas mengajar peserta cara mengedit logo menggunakan laman tersebut. Akhir sekali, peserta turut diajar cara untuk mencetak logo yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 2 Januari 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft word khususnya kemahiran membina carta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Buli siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet dengan melakukan aktiviti buli siber. Seterusnya, petugas mengedarkan lembaran yang mengandungi  carta kepada para  peserta kelas. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak yang membentuk carta. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan.

Klik sini untuk lihat foto