Tarikh   : 1 April 2022

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina rajah padang bola sepak menggunakan microsoft word.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Melalui penayangan video tersebut, peserta diingatkan agar berhati-hati dengan individu yang baru dikenali di media sosial. Hal ini demikian kerana terdapat individu yang suka memanipulasikan kanak-kanak terutama untuk tujuan seks. Seterusnya, pada permulaan kelas, petugas mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi rajah sebuah padang bola sepak. Pembelajaran ICT berkaitan topik tersebut berupaya membawa peserta mengulang kaji kembali subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) seperti yang dipelajari di sekolah. Petugas mengajar peserta cara membina rajah sebuah padang bola sepak dengan menggunakan kaedah insert-shape. Peserta diajar cara memasukkan bentuk yang sesuai, garisan serta cara memasukkan tulisan untuk melabel rajah. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 16 Mac 2022

Masa     : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam membuat watikah pertunangan yang cantik dan kemas.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Buli Siber". Petugas mengingatkan peserta agar mengelakkan diri daripada menjadi antara individu yang melakukan perbuatan negatif tersebut. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template yang sesuai untuk membuat membuat sijil watikah pertunangan. Peserta diminta melakukan suntingan berpandukan contoh yang telah diedarkan. Peserta diajar cara mengedit template, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna serta cara memperkemaskan hasil kerja. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan sijil watikah yang siap dibuat dalam format JPEG sebelum dicetak.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 7 Mac 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Berkongsi secara berlebihan". Melalui slot itu, peserta diingatkan agar tidak berlebih-lebihan berkongsi maklumat tentang diri di internet khususnya di media sosial seperti Facebook dan Tik Tok kerana tindakan tersebut boleh mengundang kepada kejadian yang tidak diingini. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memasukkan jadual ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-table. Peserta diminta mengisi maklumat ke  dalam jadual tersebut. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 12 Mac 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip khususnya untuk ahli baru PEDi.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Peserta diingatkan agar tidak berkongsi butiran berkaitan perbankan sewenang-wenangnya agar terhindar daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan huruf dan lain-lain. Petugas menyebut perkataan dan meminta peserta menaip perkataan tersebut.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 2 Mac 2022

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PEDi

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina jadual.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Melalui slot itu, peserta diberi kesedaran tentang pentingnya melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul. Sikap tidak bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa buangan elektronik akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara memasukkan jadual ke dalam microsoft word menggunakan kaedah insert-table. Peserta diminta mengisi maklumat ke  dalam jadual tersebut. Petugas juga mengajar peserta cara memasukkan gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam jadual tersebut. Akhir sekali, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. 

Klik sini untuk lihat foto