Tarikh   : 19 November 2021

Masa     : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran dan kecekapan peserta dalam menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas meminta peserta membuka microsoft power point dan menerangkan tentang kegunaan perisian tersebut kepada mereka. Petugas mengajar peserta cara menggunakan perisian tersebut khususnya untuk membina rajah mudah. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan tulisan, meletakkan gambar yang telah dimuat turun daripada google, memasukkan bentuk untuk membuat rajah menggunakan insert-shape dan akhir sekali mereka diajar cara menyimpan hasil kerja sebelum dicetak.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 15 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam mengedit gambar.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video Klik dengan bijak yang bertajuk "Mobile e-waste". Melalui video tersebut, peserta diberi pengetahuan tentang pentingnya melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seerusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft word. Kemudian, peserta diajar cara menyediakan template untuk gambar berukuran passport dengan kaedah insert-shape. Seterusnya, peserta diminta mengambil gambar diri sendiri dan rakan-rakan. Kemudian, mereka diajar cara memotong gambar dengan kaedah crop, lalu mengubah latar belakang gambar menggunakan laman Change image background di google. Peserta diajar cara memuat turun gambar yang telah diubah latar belakangnya kepada warna biru dan memasukkannya ke dalam template gambar berukuran passport pada microsoft word tadi. Jika hasil suntingan cantik dan kemas, gambar tersebut sedia untuk dicetak.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 7 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Tidak pasti jangan kongsi". Petugas mengingatkan peserta agar memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsikan kepada khalayak umum. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft word. Petugas mengedarkan sekeping kertas kepada para peserta yang mengandungi artikel. Peserta diminta menaip artikel tersebut. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk, menaip, memasukkan bentuk yang sesuai untuk membuat gambar rajah pada artikel dan menambah gambar yang telah dimuat turun daripada google ke dalam artikel yang dibuat. Petugas menunjukkan cara menukarkan saiz dan warna tulisan. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 12 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diminta membuka perisian microsoft power point. Kemudian, peserta diajar cara membina slide pembentangan menggunakan perisian tersebut berpandukan contoh slide yang dipaparkan pada skrin putih. Peserta diajar cara mengedit slide, cara menukar saiz, jenis tulisan dan warna. Bagi menambahkan rupa yang menarik pada slide, peserta diajar cara memasukkan peta minda dengan cara insert-shape. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema slide yang dibuat dan mengubah latar belakang slide. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk tugasan yang dibuat melalui aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 6 November 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Komuniti Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PIK

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan risalah pelancongan yang kreatif dan menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum  memasukkannya ke dalam risalah yang dibuat. Selepas itu, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan.

Klik sini untuk lihat foto