Tarikh : 24 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam mencipta logo menggunakan microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan internet". Peserta diingitkan agar berhati-hati dengan kes penipuan di alam maya yang kian menjadi-jadi dalam era serba moden kini. Seterusnya, sebelum terus masuk kepada pembelajaran tentang cara menghasilkan logo, petugas menerangkan kepada peserta tentang maksud dan kegunaan logo khususnya untuk membantu memperkenalkan sesuatu produk jualan kepada khalayak pelanggan. Peserta diminta memuat turun gambar kartun yang sesuai untuk logo dan diajar untuk mengedit gambar yang telah dimuat turun itu menggunakan microsoft power point (crop/remove background). Setelah itu, peserta diajar memilih bentuk yang sesuai untuk logo, menukar warna yang menarik, memasukkan nama produk dan butiran ringkas berkenaan produk. Setelah siap memperkemas hasil kerja, petugas mengajar peserta cara menukar format logo yang dibuat daripada format power point kepada format JPEG. Peserta turut diajar cara untuk mencetak logo yang dibuat. atas talian.
Tarikh : 19 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menyunting gambar serta menggunakan microsoft power point untuk menghasilkan carta organisasi yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan internet". Peserta diingitkan agar berhati-hati dengan kes penipuan di alam maya yang kian menjadi-jadi dalam era serba moden kini. Seterusnya, penerangkan sambil membuat praktikal komputer posisi yang sesuai untuk bergambar bagi menghasilkan gambar berukuran passport. Selepas itu, peserta diajar memotong gambar (crop) dan menukar latar belakang gambar kepada warna biru menggunakan laman remove backgroung bg. Gambar itu kemudiannya dimuat turun. Seterusnya, untuk membuat carta organisasi peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas meminta peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam carta yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan. Di penghujung kelas, peserta diajak mengulangkaji pelajaran dengan bermain kuiz secara atas talian.
Tarikh : 7 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk membuat buku cerita bergambar yang menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Melalui video tersebut, peserta dididik tentang pentingnya melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seterusnya, petugas mengedarkan sekeping kertas kepada para peserta yang mengandungi cerita pendek. Peserta diminta menghasilkan buku cerita bergambar. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menyediakan slide untuk menghasilkan buku cerita. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk, latar belakang yang bersesuaian dengan tema cerita dan menambahkan gambar animasi yang telah dimuat turun daripada google. Petugas menunjukkan cara menukarkan saiz dan warna tulisan, cara memotong gambar dan membuang latar putih pada gambar. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah dibuat.
Tarikh : 13 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk membuat buku cerita bergambar yang menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Pengawalan ibu bapa terhadap penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, petugas mengedarkan sekeping kertas kepada para peserta yang mengandungi cerita pendek. Peserta diminta menghasilkan buku cerita bergambar. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menyediakan slide untuk menghasilkan buku cerita. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk, latar belakang yang bersesuaian dengan tema cerita dan menambahkan gambar animasi yang telah dimuat turun daripada google. Petugas menunjukkan cara menukarkan saiz dan warna tulisan, cara memotong gambar dan membuang latar putih pada gambar. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang telah dibuat.
Tarikh : 3 Disember 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan carta yang kreatif dan menarik.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Penipuan Internet". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dengan teknologi internet pada hari ini kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan internet untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah tanpa mengira halal atau haram. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape, memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum memasukkan gambar ke dalam carta yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan.