Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft powerpoint.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft powerpoint dan kegunaannya.Peserta diajar untuk membuat carta organisasi dengan cara yang lebih mudah dan cepat.Petugas menerangkan cara untuk menggunakan textbox dan smartart untuk menghasilkan carta organisasi.Seterusnya peserta diajar untuk menyusun gambar supaya menjadi lebih tersusun serta menambah text untuk setiap gambar yang telah dimasukkan.Peserta diajar untuk menggunakan fungsi smartart dan align bagi menyusun gambar tersebut.Selain itu peserta telah diajar untuk membuat hyperlink(video youtube) menggunakan text dan icon.Akhir sekali, peserta diminta untuk memperkemaskan hasil kerja dan memilih design slide mengikut kreativiti masing-masing.Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan Internet"
Tarikh : 8 Mei 2022 Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar untuk log masuk/daftar masuk Canva menggunakan emel. Petugas mengajar peserta untuk memilih template yang sesuai untuk mencipta sampul raya. Peserta diajar untuk memuat turun gambar template dari Google dan memuat naik ke aplikasi Canva. Peserta juga diajar untuk menggunakan fungsi (elements dan text) yang ada di dalam aplikasi Canva. Petugas menunjukkan contoh yang telah dibuat menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya, peserta diminta untuk mencipta sampul hari raya mengikut kreativiti masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk memuat turun hasil kerja yang telah disiapkan dalam format jpeg/pdf. Akhir sekali, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”. Petugas mengingatkan peserta agar tidak sewenang-wenangnya untuk berkongsi maklumat di media sosial jika tidak pasti.
Tarikh : 9 April 2022 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Hendap siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berlebih-lebihan dalam berkongsi hal-hal peribadi di media sosial kerana ianya boleh mengundang kepada ancaman hendap siber. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word serta kegunaannya. Petugas menerangkan kepada peserta asas menaip dan fungsi simbol pada papan kekunci iaitu simbol yang digunakan sewaktu menaip seperti backspace, enter, caps lock shift, ctrl, cara membesarkan dan mengecilkan huruf dan lain-lain. Petugas menyebut perkataan dan meminta peserta menaip perkataan tersebut.
Tarikh : 6 Mei 2022 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengenalan dan penerangan yang terperinci kepada peserta tentang bahagian asas komputer.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta telah diterangkan tentang bahagian asas komputer dan fungsinya. Peserta diberi satu persatu bahagian asas komputer untuk dilihat. Seterusnya, sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Peserta diberi kuiz atas talian untuk dijawab. (Wordwall). Akhir sekali, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Siber Buli”. Peserta diingatkan untuk berhati-hati dalam menggunakan media sosial kerana media sosial banyak mendatangkan kesan negatif dari segi fizikal dan juga mental jika disalahgunakan.
Tarikh : 5 April 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan membina peta minda menggunakan perisian microsoft power point.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Melalui video tersebut, peserta mendapat kesedaran tentang pentingnya berwaspada dengan kes-kes penipuan kewangan seperti yang sering dilaporkan di saluran berita televisyen. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert shape) untuk membuat peta minda, pemilihan warna pada kotak dan perkataan agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas, kemas dan mudah dibaca.