Tarikh    : 12 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan kepada peserta tentang asas keseimbangan dan kekukuhan dalam binaan

Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan bahan untuk aktiviti yang akan dijalank. Bahan yang diperlukan adalah: tanah liat, straw, dan batang aiskrim. Menggunakan bahan yang telah disediakan, setiap kumpulan diminta untuk membina binaan yang mampu menampung berat barang yang akan diletakkan diatasnya kelak. Masa diberikan selama 15 minit kepada peserta. Beberapa item diletakkan diatas binaan untuk menguji kekukuhannya

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 09 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang bantuan kewangan yang boleh dipohon untuk menyambung pelajaran

Pada permulaan kelas,  kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan kepada peserta samada mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan. Peserta juga turut ditanya sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang biasiswa pelajaran. Petugas seterusnya memberi penerangan kepada peserta tentang kegunaan biasiswa, cara untuk memohon serta contoh-contoh biasiswa yang ada ditawarka. Selesai sesi penerangan, peserta diminta untuk menyenaraikan beberapa biasiswa yang boleh mereka pohon mengikut bidang yang mereka minati

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 06 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan kepada peserta tentang kepentingan perisian Antivirus dan contoh-contoh Anvirus yang ada

Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas menanyakan kepada peserta tentang antivirus untuk menguji tahap penguasaan. Petugas seterusnya menerangkan tentang Antivirus kepada peserta. Pengenalan, kegunaan serta contoh-contoh antivirus dikongsikan kepada peserta.  Selesai penerangan, petugas mengajukan soalan kepada peserta untuk menguji kefahaman. Selesai sesi soal jawab, peserta diminta untuk menyiapkan slide contoh-contoh antivirus yang mereka tahu

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh    : 08 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang aplikasi yang boleh digunakan untuk menyunting imej bagi produk perniagaan

Pada permulaan kelas, kelas dimulakan dengan bacaan doa. Petugas seterusnya menerangkan kepada peserta pembelajaran pada hari ini. Peserta diminta untuk membuka aplikasi BeFunky Editor pada komputer masing-masing. Petugas menerangkan fungsi setiap butang yang ada pada aplikasi tersebut. Peserta seterusnya diminta untuk memuat turun gambar produk yang mereka suka untuk jual pada masa akan datang. Peserta mengaplikasikan penerangan yang telah dibuat oleh petugas, menggunakan aplikasi BeFunky Editor untuk menyunting gambar produk mereka

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 14 Jun 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu baru tentang cara dan format untuk membuat surat rasmi.

Pada permulaan kelas, peserta akan diminta untuk membaca surat rasmi yang diedarkan oleh pengajar.  Selepas itu, peserta akan membuka Microsoft Word dan menaip contoh surat rasmi yang telah diedarkan. Seterusnya surat tersebut perlu ada “kepala surat”, maka dengan itu peserta perlu letak Alamat Pengirim., Tarikh dan Alamat Penerima,  Kemudian, peserta akan menaip bahagian “Pembukaan Surat” dengan adanya kandungan Salam Pembuka dan Subjek Surat. Akhir sekali, peserta akan menaip isi Kandungan Surat yang mengandungi minimum 3perenggandan Penutup Surat.

Klik sini untuk lihat foto