Tarikh    : 04 Mei 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu.

Pada permulaan kelas,   peserta akan diminta untuk membuka laman web googleSelepas itu, peserta akan menaip Quizziz untuk menjawab quiz yang diciptakan oleh pengajar.   Sebelum peserta menjawab soalan, peserta akan memasukkan kod yang diberi oleh pengajar. Akhir sekali, peserta menjawab serta mengulangkaji pelajaran subjek Bahasa melayu dengan jawapan dan soalan yang diberikan dalam kuiz tersebut.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 03 Mei 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : NADI Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli NADI

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta membuat sesuatu yang kreatif serta menambah ilmu baru untuk mereka.

Aktiviti yang dijalankan 

Pada permulaan kelas, peserta akan menonton video terlebih dahulu untuk rujukan. Selepas itu, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan kepada peserta. Maka peserta akan mengunting kertas seperti yang ditunjukkan dalam video yang ditonton tadi. Seterusnya apabila kertas siap dipotong, peserta akan melekatkan kertas tersebut dengan menggunakan gam. Akhir sekali, peserta akan mencucuk kertas yang telah dicantumkan tadi dengan menggunakan lidi.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 20 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan peserta dalam mencari idea yang menarik dan boleh dijadikan jualan.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan dahulu bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat aiskrim malaysia. Selepas itu, pengajar akan mengagihkan bahan-bahan tersebut kepada peserta. Seterusnya,peserta akan memasukkan coklat choki ke dalam plastic aiskrim. Kemudian, peserta akan memasukkan air susu kotak ke dalam plastik aiskrim dan akan mengikat dihujungnya. Akhir sekali, pengajar akan memantau setiap kerja yang dibuat oleh peserta.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 22 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk untuk membuat peserta berfikir secara kreatif dalam membuat mini Bintang dengan hanya menggunakan kertas

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta akan diterangkan cara membuat mini bintang. Selepas itu, pengajar akan mengagihkan kertas-kertas yang telah digunting kepada peserta. Seterusnya, peserta akan melipat kertas tersebut mengikut urutkan yang telah diajar oleh pengajar. Akhir sekali, setelah lipatan itu habis dilipatkan maka tepi-tepi bucunya akan dipicit supaya kelihatan seperti bintang.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh    : 08 April 2024

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang 

Lokasi   : PEDi Pekan Samarahan

Peserta  : Ahli PEDi

Tujuan

Tujuan kursus ini adalah untuk menarik minat peserta untuk membuat peta minda yang lebih menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, pengajar akan mengedarkan gambar-gamabr yang berbeza kepada peserta. Selepas itu, peserta perlu mencari gambar yang diberikan oleh pengajar di dalam google.Seterusnya, peserta akan memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Powerpoint.   Akhir sekali, peserta akan melebelkan setiap bahagian yang minta.

 

Klik sini untuk lihat foto