Tarikh : 10 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta cara berfikir dengan bijak serta dapat memanfaatkan kemudahan internet yang telah disediakan.
Pada permulaan kelas, peserta diminta untuk membuka laman Microsoft Edge. Selepas itu, peserta akan menaip Mathplayground. Seterusnya, pengajar akan memilih yang mana satu akan peserta jawab. Kemudian, peserta akan menjawab soalan matematik melalui game kira-kira. Akhir sekali, peserta akan melihat seberapa banyak markah yang mereka perolehi.
Tarikh : 07 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk membuat peserta lebih kreatif dalam memanfaatkan teknologi yang sedia ada.
Pada permulaan kelas, peserta akan diminta untuk membuka laman web Colouring Online. Selepas itu, peserta akan memilih corak atau gambar yang akan diwarna. Seterusnya, peserta akan mewarna mengikut logic akal warna yang bersesuaian. Akhir sekali, peserta menyimpan gambar yang telah diwarnakan dengan menekan butang save.
Tarikh : 05 Mei 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk memupuk minat peserta menjadi seorang usahawan dan perlu sediakan fizikal dan mental yang kuat.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menyuruh peserta mencari maklumat di google yang berkaitan dengan mindset nak jadi seorang usahawan. Seterusnya, peserta akan membacanya bersama-sama. Selepas itu, peserta akan membuat peta minda yang kreatif mengenai tajuk yang diberi tadi. Akhir sekali, apabila peta minda selesai dibuat maka peserta demi peserta akan membaca lagi sekali untuk mereka lebih faham.
Tarikh : 05 Jun 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta dalam menggunakan shortcut pada papan kekunci.
Pada permulaan kelas, pengajar akan menerangkan terlebih dahulu fungsi-fungsi yang ada pada butang papan kekunci. Selepas itu, pengajar akan menyoal semula kepada peserta apakah fungsi-fungsi kerana melihat setakat kefahaman peserta. Seterusnya pengajar akan menyuruh peserta untuk menaip semula apa yang pengajar sebut tentang fungsi-fungsi tadik dan cara shortcut menekan pada papan kekunci. Akhir sekali, peserta akan melihat semula setakat mana kefahaman yang mereka dapat
Tarikh : 07 Mei 2024 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : NADI Pekan Samarahan Peserta : Ahli NADI |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk mengajar peserta cara memasukkan dan melabelkan gambar
Pada permulaan kelas, peserta akan membaca doa belajar. Seterusnya, peserta diminta untuk membuka Microsoft Word dan menyediakan jadual seperti yang diminta oleh pengajar. Selepas itu, peserta akan mencari gambar di laman google. Maka dengan itu peserta akan memasukkan gambar yang telah dicari dengan menekan Insert>Shapes>Fill in> Picture. Akhir sekali, peserta akan menyimpan tugasan tersebut dengan menekan Save