Tarikh : 11 Julai 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaannya. Peserta diajar untuk membuat jadual waktu menggunakan Insert Table (9x6). Peserta diajar untuk menaip dalam setiap row dan column. Peserta diajar untuk mengubah format menggunakan fungsi Home dari segi font, paragraph dan styles. Akhir sekali, petugas mengajar peserta untuk menambah Page Borders untuk memperkemaskan hasil kerja. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”.
Tarikh : 9 Julai 2022 Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian microsoft power point khususnya untuk membina slide.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan perisian microsoft power point yang pelbagai. Petugas meminta peserta membina sebuah slide bertemakan “Tinggalan Sejarah Jepun di Kampung Siniawan Jepon dan Samarahan Estate” memandangkan lawatan sambal belajar ke tempat tersebut telah dibuat bersama ahli PEDi Kampung Niup yang lain beberapa hari sebelumnya. Peserta diajar cara memasukkan tajuk, gambar yang menarik, memasukkan bentuk yang sesuai untuk menambahkan peta minda sebelum menaip maklumat serta cara memasukkan animation pada slide. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Mobile e-waste”.
Tarikh : 6 Julai 2022 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft power point khususnya untuk membuat buku cerita bergambar.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas mengedarkan sehelai kertas yang mengandungi cerita pendek. Petugas mengajar peserta cara membuat buku cerita bergambar berdasarkan teks cerita yang diberi. Peserta diajar cara mencari gambar yang sesuai untuk latar belakang dan watak dalam cerita yang di google, cara menukar gambar latar belakang, memotong gambar yang telah dimuat turun daripada internet, cara memasukkan teks, menukar saiz, jenis dan warna tulisan agar jelas. Peserta diajar cara memperkemas hasil kerja yang dibuat. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Buli Siber”.
Tarikh : 8 Julai 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan perisian Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diminta untuk mencari sebuah cerita pendek kanak-kanak di carian Google. Seterusnya, petugas mengajar peserta untuk menyalin cerita tersebut menggunakan ctrl+c & ctrl+v ke dalam microsoft word. Peserta diajar untuk mengubah format asal menggunakan fungsi Home dari segi font, paragraph dan styles. Akhir sekalii, peserta diajar untuk menyimpan & menamakan fail yang telah disiapkan. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Maklumat Palsu”.
Tarikh : 4 Julai 2022 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Lokasi : PEDi Kampung Niup Pekan Samarahan Peserta : Ahli PEDi |
Tujuan
Tujuan kursus ini adalah untuk melatih kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diperkenalkan dengan perisian microsoft word dan kegunaanya. Peserta diminta untuk membuat biodata diri mengikut kreativiti masing-masing. Petugas mengajar peserta untuk menggunakan fungsi Insert Table untuk menaip biodata diri supaya lebih kemas. Seterusnya peserta diajar untuk menggunakan fungsi Table Tools (Design/Layout). Peserta diajar untuk memuat turun gambar dari Google sebagai gambar profil di biodata diri. Petugas mengajar peserta untuk memasukkan gambar menggunakan fungsi Insert Picture. Akhir sekali, peserta diajar untuk memperkemaskan hasil kerja yang telah siap. Di penghujung kelas, peserta diajak untuk menonton video KDB yang bertajuk “Penipuan Internet”.