Tarikh : 3 September 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permualaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Semak Fakta". Penayangan video tersebut berupaya memberi kesedaran kepada peserta agar memeriksa kesahihan sesuatu fakta yang diperolehi sebelum disebarkan kepada orang lain. Seterusnya, peserta diminta membuka perisian microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft word. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis dan saiz tulisan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum memasukkan gambar ke dalam latihan yang dibuat. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa pembelajaran berlangsung.
Tarikh : 8 Ogos 2021 Masa : 10.00 pagi - 12.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Memberi bimbingan kepada peserta tentang cara memulakan perniagaan atas talian menggunakan platform jual beli Shopee.
Aktiviti yang dijalankan
Peserta diajar cara membuka perisian Shopee. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang kelebihan berniaga menggunakan platform tersebut. Kemudian, peserta diajar cara mendaftar akaun jualan shopee dan mengedit nama kedai. Peserta diajar cara memasukkan produk jualan seperti cara mengambil gambar produk, meletakkan nama dengan kaedah yang betul, memilih kategori, mengira saiz dan berat barang, menetapkan kaedah penghantaran, tetapan pada akaun bank dan cara memproses pembelian daripada para pelanggan.
Tarikh : 2 Ogos 2021 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Membimbing peserta cara membuka akaun gmail dan cara menggunakannya.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas mengajar peserta cara mendaftar akaun gmail di google. Peserta turut diajar cara menggunakan gmail.
Tarikh : 3 Ogos 2021 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta dalam membuat poster menggunakan microsoft word.
Aktiviti yang dijalankan
Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara membuat poster menggunakan microsoft word. Petugas mengajar peserta cara memasukkan perkataan, bentuk yang sesuai, memasukkan gambar yang telah diambil daripada google. Seterusnya, petugas menunjukkan cara menukarkan saiz dan warna tulisan. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan serta memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa kelas berlangsung. Akhir sekali, petugas mengajar peserta memperkemaskan hasil kerja yang dibuat.
Tarikh : 18 Mei 2021 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Lokasi : Pusat Internet Pekan Samarahan Peserta : Ahli PI |
Tujuan
Melatih kemahiran peserta memanfaatkan perisian paint untuk mereka gambar rajah yang kreatif.
Aktiviti yang dijalankan
Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Mobile e-waste". Penayangan video itu berupaya memberi kesedaran kepada peserta agar melupuskan sisa buangan elektronik dengan cara yang betul agar tidak mencemarkan alam sekitar. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian paint pada komputer masing-masing. Petugas meminta peserta membuat gambar rajah kreatif bertajuk “Huruf-huruf hijaiyah”. Peserta diajar cara memasukkan bentuk-bentuk yang menarik, menulis tulisan, membesarkan saiz tulisan dan mewarnakan bentuk tadi untuk menjadikan gambar rajah yang dibuat kelihatan kreatif. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.