Tarikh   : 12 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Menentusahkan maklumat". Peserta diingatkan agar memastikan sesuatu maklumat adalah benar sebelum menyebarkannya di internet. Selepas slot KDB, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook. Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit template untuk poster, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang gambar. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 5 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan windows movie maker serta meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat video yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Lindungi kanak-kanak daripada pengantunan dalam talian". Tayangan video tersebut dapat menyemai kesedaran dalam diri peserta agar berwaspada dengan ancaman pedofilia di alam maya. Seterusnya, petugas menerangkan tentang kegunaan windows movie maker. Petugas mengajar peserta cara memasukkan tajuk video, memasukkan gambar yang menarik dan sesuai dengan tajuk yang diberi, memasukkan muzik, mempercepatkan kelajuan video serta menyimpan video yang telah siap.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 20 Mac 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan slide pembentangan yang kreatif menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Melalui video tersebut, peserta diberi kesedaran tentang wujudnya sindiket penipuan yang memperdaya mangsa demi untuk memperoleh wang dengan cara yang mudah tanpa takut dengan undang-undang. Seterusnya, petugas meminta peserta membuka perisian microsoft power point. Petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar cara menukar latar belakang slide, cara memasukkan tajuk dan gambar yang menarik untuk muka hadapan slide. Peserta diajar cara menambah slide kedua dan seterusnya, memasukkan isi-isi slide berpandukan helaian yang telah diberi. Petugas mengajar peserta cara menjadikan slide menarik antaranya dengan memasukkan peta minda, gambar, isi yang ringkas tapi padat agar slide menjadi  ringkas dan mudah untuk dibaca.

Klik sini untuk lihat foto

 

Tarikh   : 3 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kegunaan microsoft power point serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dan membuat carta  organisasi yang menarik menggunakan perisian tersebut.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan tentang kegunaan microsoft power point. Petugas mengajar peserta cara menaip, penggunaan caps lock, backspace, spacing dan tab. Peserta diajar cara memasukkan tajuk dan perkataan, bentuk yang sesuai (insert-shape) untuk membuat carta organisasi dan pemilihan warna yang sesuai agar hasil kerja yang dibuat menjadi jelas. Petugas mengajar peserta cara menukar latar belakang slide agar carta yang dibuat bertambah menarik.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 15 Mac 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.30 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta menggunakan microsoft power point khususnya untuk menghasilkan nota pembelajaran kreatif menarik.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Hendap siber". Petugas mengingatkan peserta agar tidak berlebih-lebihan berkongsi tentang diri di media sosial agar tidak menjadi mangsa hendap siber. Seterusnya, petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer cara menggunakan microsoft power point. Peserta diajar cara menaip tajuk utama, menukarkan jenis, saiz dan warna tulisan, memasukkan bentuk dengan kaedah insert-shape memasukkan perkataan dan mewarnakan kotak-kotak perkataan. Petugas mengajar peserta mendapatkan gambar daripada aplikasi google sebelum  memasukkan gambar ke dalam nota pembelajaran yang dibuat. Petugas mengajar peserta cara mencantikkan dan memperkemaskan hasil kerja yang dibuat seperti memilih bentuk yang sesuai dan mewarnakan bingkai kotak. Petugas memberi masa kepada peserta untuk bertanya soalan dan memastikan tiada peserta yang ketinggalan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Klik sini untuk lihat foto