Tarikh   : 10 Mei 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip dan melabel peta menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajak menonton video KDB bertajuk "Jangan sebarkan pembohongan". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati dalam berkongsi pendapat atau maklumat di media sosial agar tidak menjadi individu yang menyebarkan maklumat palsu. Seterusnya, peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Petugas memberi tugasan menaip dan melabel kedudukan masjid-masjid cantik di Malaysia pada peta yang telah dimuat turun daripada google. Peserta diajar cara memasukkan peta ke dalam slide, memasukkan dan menukar tulisan, saiz dan warnanya serta memasukkan bentuk pada slide menggunakan kaedah insert-shapePetugas mengajar peserta memasukkan gambar yang telah dimuat turun ke dalam bentuk yang telah mereka pilih. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 7 Mei 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta membuat poster menggunakan microsoft power point.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, peserta diajar cara membuka perisian microsoft power point. Peserta kemudiannya diajar cara menukar orientasi slide kepada portrait agar mudah untuk membuat poster. Petugas meminta peserta membuat poster bertemakan “Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”.  Peserta diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai untuk tema poster yang dibuat dan memasukkan bentuk menggunakan kaedah insert-shape. Peserta diajar cara memuat turun gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 2 Mei 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran membuat poster menggunakan aplikasi di internet dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Penipuan kewangan". Petugas mengingatkan peserta agar berhati-hati agar tidak diperdaya oleh sendiket penipuan kewangan secara atas talian yang semakin berleluasa pada zaman moden kini. Selepas itu, peserta diajar cara membuka perisian postermywall menggunakan emel ataupun facebook.  Kemudian, peserta diajar cara mencari template untuk poster. Peserta diajar cara mengedit template untuk poster, cara menukar tulisan, saiz tulisan dan warna. Petugas mengajar peserta memasukkan gambar yang sesuai dengan tema poster yang dibuat dan mengubah latar belakang poster. Peserta diajar cara memuat naik gambar untuk poster tersebut daripada aplikasi google. Akhir sekali, peserta diajar cara menyimpan hasil kerja yang dibuat dalam format JPEG. 

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 4 Mei 2021

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran menaip dan mencari maklumat menggunakan google dalam kalangan peserta.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas menerangkan kepada peserta tentang kegunaan microsoft word. Petugas menerangkan sambil membuat praktikal komputer asas menaip menggunakan microsoft word, penggunaan caps lock, backspace, menjarakkan perkataan, memasukkan nombor, membuat perenggan baru dan lain-lain. Petugas memberi tugasan kepada peserta. Mereka diminta menaip soalan dan mencari jawapan menggunakan google.

Klik sini untuk lihat foto

Tarikh   : 17 April 2021

Masa     : 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Pekan Samarahan

Peserta : Ahli PI

Tujuan

Melatih kemahiran peserta dalam menaip.

Aktiviti yang dijalankan

Pada permulaan kelas, petugas mengajak peserta menonton video KDB yang bertajuk "Mobile e-waste". Petugas memaklumkan kepada peserta tentang peranan Pusat Internet Komuniti iaitu sebagai salah sebuah pusat pengumpulan sisa elektronik terpakai. Peserta digalakkan agar bersama menyokong kempen Mobile e-waste demi kesejahteraan alam sekitar. Seterusnya, peserta diajar cara menaip menggunakan papan kekunci QWERTY dan susun letak kedudukan jari yang betul pada papan kekunci. Selepas itu, peserta diajak melakukan latihan menaip menggunakan laman Typing Club. Petugas memberikan latihan menaip surat rasmi menggunakan microsoft word bagi mengukuhkan kemahiran peserta.

Klik sini untuk lihat foto